Advertisement
Home
pkmslogo

dentalprooren3.gif
austral.jpg
Main Menu
Home
News
AJK 2009/2010
Links
Contact Us
Search
FAQs
Malaysia High Comm. In Brunei Website
- - - - - - -
Skim Khairat PKMS
Events Calendar
March 2010
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4
Latest Events
No Latest Events
rhb
austral.jpg
logo_mas2
mb2u_logo_r
nestle
cityneon
Syndicate
Bee on a flower Spring leaves
Iftar, Tarawih PKMS & Perwakilan Bersama Anak Yatim di STM Sabtu 12/9/09
Thursday, 10 September 2009
Assalamu 'alaikum Keluarga PKMS,

Sukacita semua ahli PKMS sekeluarga dan rakan kenalan Melayu Muslim dijemput bersungkai, solat maghrib, Isyak, Terawih, witir, Tazkirah & moreh anjuran PKMS di STM pada Sabtu , 12 Sept. 2009.

2. Majlis kali ini istimewa dgn menjemput 50 org anak-anak yatim untuk iftar dan tarawih bersama. Acara kerjasama PKMS dan Perwakilan ini bermula jam 5.15ptg meraikan kunjungan mereka dgn sedikit ucapan TYT dan menyampaikan hasil derma tabung anak yatim.

3. Sumbangan penajaan majlis Iftar Ramadan tersebut dan Solat idul Fitri seangkat hati amatlah dihargai dlm belum penuh, atau sebhg, atau potluck yg dibawa pada waktu acara.

3. Pohon diringankan tulang membantu kelancaran & keselesaan majlis, menjaga kebersihan, menyusun semula kerusi meja, mengawal anak-anak.

Selamat Berpuasa Ramadan & Mencari Malam Seribu Bulan

"Khidmat diberi Ikhlas di Hati"

Prof.Madya Dr.Hj.Su'aidi Dato' Hj.Safei (hp: 8899971)
Setiausaha Agung Ke Hormat PKMS
 
Majlis Sambutan Hari Kebangsaaan Malaysia 2009
Friday, 28 August 2009
Assalamu 'alaikum Keluarga PKMS,

Sukacita dijemput semua AJK, ahli PKMS sekeluarga dan kenalan warga Malaysia hadir, meramai dan memeriahkan Majlis Naik Bendera Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan di STM:
    * Masa: Jam 5.15 ptg, Isnin 31 Ogos 2009 (10 Ramadan 1430H)
    * Diselanjurkan dgn ini, Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang.
    * Acara akan diteruskan & PKMS akan mengambil alih pengisian majlis Iftar, solat maghrib, Isyak, Terawih, witir, Tazkirah & moreh.

Pohon semua AJK dan ahli PKMS memberi kerjasama menjayakan majlis.

Sila hebahkan kepada semua rakan Melayu Muslim Malaysia atas semangat Satu Malaysia utk turut sama hadir. Selamat Berpuasa Ramadan & MERDEKA dari cengkaman asing, jin, manusia dan syaitan ....

"Khidmat diberi Ikhlas di Hati"

Prof.Madya Dr.Hj.Su'aidi Dato' Hj.Safei
Setiausaha Agung Ke Hormat PKMS
 
Mesyuarat Agong Tahunan PKMS ke 36
Friday, 20 February 2009

Mesyuarat Agong Tahunan PKMS ke 36

 

Bandar Seri Begawan – Persatuan Kebajikan Melayu Se Malaysia Di Brunei Darussalam (PKMS) akan mengadakan Mesyuarat Agong Tahunannya yang ke 36 bertempat di SEAMEO VOCTECH, Gadong, pada Ahad, 22 Feb 2009 / 26 Safar 1430H (jam 2.00 – 6.00 ptg).

 

Tuan Yang Terutama Dato' Ku Jaafar Ku Shaari, Pesuruhjaya Tinggi, Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) merangkap Penaung PKMS berkenan hadir untuk merasmikan AGM tersebut. Wakil-wakil pemerhati dari STM turut sama dijemput.

 

PKMS merupakan persatuan yang telah lama berdaftar secara rasmi dengan Negara Brunei Darussalam dan diwartakan penubuhan dalam Warta Kerajaan bertarikh Sabtu 25 September 1965. Persatuan sentiasa erat bekerja sama dengan STM menjaga urusan kebajikan komuniti Melayu Islam Malaysia yang menawarkan perkhidmatan di pelbagai jabatan di Negara Brunei Darussalam.

 

Para perwakilan PKMS dijemput memberi komitmen dan penglibatan menghadiri AGM 36. Antara agenda Mesyuarat Agong terbabit selain sesi perasmian adalah pendaftaran ahli baru dan kemaskini rekod keahlian sedia ada, mengesah dan menerima Minit Mesyuarat Agong ke 35, pembentangan laporan susur galur aktiviti dan peristiwa oleh Setiausaha Agong Ke Hormat dan pembentangan laporan penyata kewangan oleh Bendahari ke Hormat. Kemuncak pertemuan berlangsung dengan pembubaran AJK PKMS 2007/2008, seterusnya pemilihan dan lantikan AJK baru sesi 2009/2010. Sebarang makluman lanjut boleh terus berhubungan dengan Prof.Madya Dr.Hj.Su'aidi Dato' Hj. Safei di talian 8899971.

 

 

 

Prepared by:

Assoc.Prof. Dr.Hj.Su'aidi Dato' Hj. Safei

PKMS Hon.Secretary General

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 Next > End >>

Results 1 - 8 of 43
 
msiagov
MalaysiaKu Gemilang
merdeka51
vmy2007logo
Who's Online
Login Form





Lost Password?